BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, November 9, 2009

Dugaan buatku...

Sebelum ni aku dah bagitau yang mataku sakit dan gatal yang menyebabkan aku sentiasa menggenyehnya untuk menghilangkan rasa gatal,dan pada hari Jumaat lepas aku dapati mataku yang sebelah kiri mengalami kekaburan. so, pada hari sabtu esoknya aku pergi ke klinik di Puchong dengan kakakku untuk mendapatkan rawatan dan doktor mengatakan mataku menjadi kabur kerana kornea mataku telah luka kesan daripada genyehan tersebut.itulah yang menyebabkan mataku menjadi kabur dan memerlukan aku berjumpa dengan doktor pakar mata untuk mendapatkan rawatan yang selanjutnya. Aku rasa takut dan tertekan sangat kerana masalah ini telah menyukarkan aku untuk membaca buku-buku bagi menghadapi peperiksaan akhirku yang masih berbaki tiga paper lagi..Ya Allah..kuatkanlah aku dalam menghadapi dugaanMu ini..

0 comments: