BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, November 12, 2009

Makin teruk..

Aku rasa kekaburan mata aku yang sebelah kiri ni dah jadi semakin teruk,setiap perkataan yang aku nampak kelihatan ada bayang.aku tak tau la apa masalah mata aku ni sebenarnya..semalam aku pergi ke hospital Serdang tapi dr. yang merawat aku tu belum bagitau apa2 lagi dan aku perlu berjumpa dia sekali lagi pada minggu depan pada 18hb iaitu hari Rabu untuk rawatan yang selanjutnya.kalau ikutkan aku nak balik kampung Ahad ni, tapi disebabkan perkara ni terpaksa la aku terpaksa tangguhkan masa untuk pulang ke kampung..

Tuesday, November 10, 2009

Study,study,dan study lagi..

Malam ni aku plan nak study bagi exam paper Kom Kump.Kecil pulak yang pada hari Khamis ni.Dan pada hari Khamis ni pulak aku kena study untuk exam bagi paper Kesusasteraan dalam Multimedia yang pada keesokan harinya pulak iaitu hari Jumaat.Tapi nasib baik exam paper ni petang kul 3,so ada masa lebih sikit la untuk study..Adoi..bila nak habis study ni..

Confuse..

Pagi tadi aku baru je lepas exam Kom. Korporat tapi ada masalah sikitlah.Coz nota kitorang dalam BI tapi masa jawab exam dia bagi dalam BM, ingatkan dia nak bagi soalan dalam dwibahasa senang sikit kerja aku.So,aku nak jawab exam soalan tu jadi confuse tau..ye la, baca nota dalam BI tapi masa jawab exam dalam BM,maunya tak confuse aku..tapi takpelah..layan...

Monday, November 9, 2009

Layar Keinsafan

Tika di bayang sang mentari
Sesekali diri leka alpa
Mengharungi deras arus dunia
Yang bisa menghanyutkan jiwa yang lemah

Namun, kala dinihari
Yang saban waktu
setia menjelmakan dirinya
Diri ini pasrah menyerah
Pada kekuasaanMu

Ya Rabbi
Ampunilah dosaku
Terimalah taubatku
Permudahkanlah urusanku
Kuatkanlah imanku
Mengharungi sungai dunia
Yang deras menolak arusnya
Dalam mendamba kasihMu
Dalam menggapai redhaMu

Hujan yang turun...

Hujan yang turun malam ni membuatkan aku rasa macam malas je nak pergi study kat K13 malam ni.Tapi aku dah janji dengan budak2 ni nak study sama-sama coz esok pagi kitaorang ada exam Komunikasi Korporat.So, terpaksa la aku merajinkan diri untuk study malam ni walaupun hujan renyai-renyai ini membuatkan aku rindu kat bantal ngan selimutku di kamar sepi ini...tiba2 pulak aku rasa jiwang hehe...

Dugaan buatku...

Sebelum ni aku dah bagitau yang mataku sakit dan gatal yang menyebabkan aku sentiasa menggenyehnya untuk menghilangkan rasa gatal,dan pada hari Jumaat lepas aku dapati mataku yang sebelah kiri mengalami kekaburan. so, pada hari sabtu esoknya aku pergi ke klinik di Puchong dengan kakakku untuk mendapatkan rawatan dan doktor mengatakan mataku menjadi kabur kerana kornea mataku telah luka kesan daripada genyehan tersebut.itulah yang menyebabkan mataku menjadi kabur dan memerlukan aku berjumpa dengan doktor pakar mata untuk mendapatkan rawatan yang selanjutnya. Aku rasa takut dan tertekan sangat kerana masalah ini telah menyukarkan aku untuk membaca buku-buku bagi menghadapi peperiksaan akhirku yang masih berbaki tiga paper lagi..Ya Allah..kuatkanlah aku dalam menghadapi dugaanMu ini..

Sunday, November 1, 2009

Tensionnye...

Adoi..tensionnye aku sekarang ni.dalam minggu exam ni ada lagi dua assigment yang belum siap yang nak kena hantar 6hb ni.mana nak fokuskan exam,mana lagi nak fokuskan assigment..dah la banyak...dalam keadaan macam ni teringat pulak keluarga kat kampung..adoi...tensionnye..