Semalam lepas exam paper Kaedah penyelidikan Kesusasteraan Melayu,aku pergi PKU sebab mata aku yang tak baik-baik sampai sekarang ni.lepas jumpa doktor dia bagitau yang aku tak boleh campur dengan orang ramai atau dengan kata lain kena kuarantin la sehingga mata aku ni sembuh..padan muka aku...
Friday, October 30, 2009
Sunday, October 25, 2009
sakit mata
Aku rasa aku ni dah kena sakit mata la..adoi..nak pergi PKU rasa malas la pulak walaupun dah dekat dengan kolej aku..bukan apa dia punya prosedur tu yang leceh sikit...takpun aku try cari Eyemo je la kat K5 nanti..
Posted by Norihan Ab Aziz at 10:35 AM 0 comments
selamat hari lahir Mek
Hari ni 25 Oktober adalah hari lahir bondaku yang tercinta yang ke...(biarlah rahsia)..Selamat hari lahir mek, semoga dirimu sentiasa diberkati dan dirahmati olehNya..diri ini setiap saat menyintai dan merindui dirimu..
Posted by Norihan Ab Aziz at 8:51 AM 0 comments
sakit badan
semalam aku pergi jogging dengan Ada dan Ida kat Bukit Ekspo. bangun pagi ni badan aku dah rasa lain macam..lain macam tu bukannya dah makin slim tapi dah sakit-sakit satu badan..tapi tengok la, kalau larat aku pergi lagi hari ni...
Posted by Norihan Ab Aziz at 8:41 AM 0 comments
Friday, October 23, 2009
kuliah terakhir
Esok aku ada satu lagi kelas last sebelum final exam yang akan start 29 hb ni..klas Kom Massa..tak sangka cepatnya masa berlalu, sedar2 dah nak sampai ke penghujung sem ni..
Posted by Norihan Ab Aziz at 12:39 AM 0 comments
internet
Aku try bukak internet malam ni..tak sangka pulak laju, kalau tak haram...jadi dapat la aku copy n paste pantun yang Dr. Normaliza nak tu dan postkan hasil tulisan aku yang latest ni..
Posted by Norihan Ab Aziz at 12:35 AM 1 comments
Thursday, October 22, 2009
klip video
Hari ni dalam kelas multimedia kitaorang tengok klip video setiap kumpulan..memang betul-betul kelakar la..tak sangka pulak kitorang ni reti jugak berlakon..
Posted by Norihan Ab Aziz at 11:58 AM 0 comments
Wednesday, October 14, 2009
Nak pergi konvo adik
Esok aku nak pergi Shah Alam rumah kakak sulung aku coz luse hari Jumaat pagi nak hadiri konvo adik aku kat UiTM, tapi aku akan pergi petang la..lepas klas Dr. Normaliza dan selepas settlekan semua keje aku terutamanya shooting klip video untuk kelas Multimedia...
Posted by Norihan Ab Aziz at 1:38 PM 0 comments
Tuesday, October 13, 2009
Debaran Hari Esok
Malam ni aku and the geng dalam kom kump kecil tengah siapkan slide bagi terakhir kalinya kat K13 untuk dibentangkan esok..rasa gementar jugak la sebab markahnya sampai 15%..banyak tu...tapi kami akan cuba lakukan yang terbaik demimu Kump. Integrasi..hanya yang terbaik..bbashhaa..
Posted by Norihan Ab Aziz at 10:06 PM 0 comments
Tak Lepas Peluang
Hari ni internet boleh tahan la lajunye kat dalam bilik aku ni..So.. aku tak lepaskan peluang untuk poskan hasil2 tulisan aku ke dalam blog sambil2 wat slide Kom Kump. Kecil...
Posted by Norihan Ab Aziz at 11:15 AM 0 comments
Warkah Rindu Buat Ayah dan Bonda
Ayah dan bonda
Pada setiap detikmasaku
Pada setiap degupjantungku
Pada setiap denyutnadiku
Pada setiap helanafasku
Merinduimu
Mencintaimu
Mengasihimu
Menyayangimu
Mengingatimu
Mengenangimu
Ayah dan bonda
Dikaulah jantungku
Dikaulah uratnadiku
Dikaulah nafasku
Dikaulah cahayaku
Ayah dan bonda
Kuharapkan
Bebunga cinta
Dedaun kasih
Pepohon sayang
Antara kita
Segarmekar sepanjang hayat
Posted by Norihan Ab Aziz at 11:11 AM 0 comments
Assigment Kom Kumpulan Kecil
Sekarang ini aku ngan Mas tengah tunggu Syikin ngan Elly kat bilik aku.Kitorang nak siapkan assignment ngan slide Kom Kump.Kecil sebab kena hantar dan present esok. Aku ingatkan kena hantar hari ni rupa-rupanya esok...lega sikit rasanya sebab ada masa lagi nak siapkan betul2 assignment ni...
Posted by Norihan Ab Aziz at 10:28 AM 0 comments
Masalah aku sekarang ni..
Aku rasa risau la ngan assigment kom massa ni, kena hantar dua minggu lagi tapi tak wat ape2 pun lagi.Sekarang ni kitorang tengah fokus kat assigment kom kecil, esok nak kena hantar dengan present skali.. tapi yang ni dah hampir siap. Yang aku tak puas hati lecturer kom massa ni pun satu, masa awal2 sem hari tu tak de pulak nak bagi... hujung2 sem ni la baru sibuk nak bagi assigment, dah lah banyak susah pulak tu..tak paham aku...
Posted by Norihan Ab Aziz at 9:36 AM 0 comments
Monday, October 12, 2009
Kenangan buat penggambaran kat Bukit Ekspo
Semalam aku and the geng Excellent dalam Kesusasteraan Multimedia pergi shooting untuk buat klip video kat Bukit Ekspo. Masa wat shooting tu memang betul-betul gile la...Aku tak pernah pun terfikir nak wat keje2 tak senonoh tu. Ye la..bermula dengan bergambar dengan muka 'poyo' kat simpang jalan yang penuh dengan orang lalu lalang cukup memalukan, pastu curi pulak buah durian kat tepi jalan yang sedikit sebanyak telah menjejaskan imej aku sebagai seorang gadis Melayu. Tak cukup dengan tu main pulak permainan kanak-kanak macam buaian ,jongkang-jongkit, dan papan gelunsur memang betul-betul happening.Kalau anak-anak buah aku tengok aksi aku masa tu, mesti diorang nangis sebab tak sangka macam ni rupanye mak sedara diorang. he..he.. malu saya dibuatnya..Tapi segala perkara yang kitorang wat pada hari tu adalah sekadar untuk penggambaran semata-mata, kalau dalam dunia realiti..tak sanggup aku..walau apa sekalipun aku rasa cukup happy, ini salah satu kenangan manis yang tak dapat kulupakan sepanjang duduk kat UPM ni..
Posted by Norihan Ab Aziz at 3:32 PM 0 comments
Friday, October 9, 2009
masalah internet
Sejak dua tiga minggu kenapala.. susah sangat nak dapat internet. Dah lah banyak asmen aku bergantung pada bende alah ni tension betul macam ni...
Posted by Norihan Ab Aziz at 4:14 PM 2 comments
Thursday, October 1, 2009
Stress...
Sejak balik dari kampung hujung minggu lepas aku rasa macam tertekan lebih sikit daripada sebelum ni.Ye la..dengan assignment yang banyak yang semakin dekat tarikh hantarnya. Ditambah lagi dengan sikap sesetengah ahli kumpulan assignment yang macam payah sangat nak bagi komitmen membuatkan aku jadi lebih tension lagi. Wei.. tolong la jangan wat macam ni.. kesian la kat kita orang yang berhempas pulas menyiapkan tugasan ni sedangkan markah semua dapat, tak adil tau.kalau korang banyak kerja kita orang pun sama jugak. Kepada yang berkenaan tu aku tak nak komen lebih-lebih, korang pikirlah sendiri...
Posted by Norihan Ab Aziz at 12:38 PM 2 comments