BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, September 28, 2009

baju raya oh baju raya

Hai selamat hari raya maaf zahir dan batin kepada semua. Aku nak kongsi kisah sedihku pada pagi Syawal yang lalu. Aku rasa sangat bengang dan sedih kerana baju raya yang aku tempah mengalami kerosakan angkara tukang jahit yang durjana. kalau diikutkan baju tu masih lagi boleh dipakai tapi disebabkan rasa bengang yang amat sangat aku membuat keputusan untuk tidak memakainya dan menyebabkan aku hilang 'mood' untuk beraya pada hari tu. Aku rasa menyesal sangat tempah baju kat minah tu, tapi nak buat macam mana dah terlanjur.Kalau orang lain sedih dan syahdu memohon ampun dan maaf antara satu sama lain di pagi syawal, aku pulak rasa sedih dan syahdu disebabkan oleh baju raya..